Saturday, 25 July 2015

Budak cerdik menghafaz surah At-Takwir

Comelnye lah teramat budak ni..
Mari hayati maksud gaya yg dibuat budak ni.

Surat At-Takwir dan Terjemahan 
(Menggulung)
Surat ke : 81
Jumlah ayat : 29


أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّـيْطٰنِ الرَّجِيْمِ
بسم الله الرحمن الرحيم


Surat At-Takwir Ayat 1
Apabila matahari digulung,


Surat At-Takwir Ayat 2
dan apabila bintang-bintang berjatuhan,


Surat At-Takwir Ayat 3
dan apabila gunung-gunung dihancurkan,


Surat At-Takwir Ayat 4
dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan (tidak diperdulikan)


Surat At-Takwir Ayat 5
dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan,


Surat At-Takwir Ayat 6
dan apabila lautan dijadikan meluap


Surat At-Takwir Ayat 7
dan apabila ruh-ruh dipertemukan (dengan tubuh)


Surat At-Takwir Ayat 8
dan apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya,


Surat At-Takwir Ayat 9
karena dosa apakah dia dibunuh,


Surat At-Takwir Ayat 10
dan apabila catatan-catatan (amal perbuatan manusia) dibuka,


Surat At-Takwir Ayat 11
dan apabila langit dilenyapkan,


Surat At-Takwir Ayat 12
dan apabila neraka Jahim dinyalakan,


Surat At-Takwir Ayat 13
dan apabila surga didekatkan,


Surat At-Takwir Ayat 14
maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakannya.


Surat At-Takwir Ayat 15
Sungguh, Aku bersumpah dengan bintang-bintang,


Surat At-Takwir Ayat 16
yang beredar dan terbenam,


Surat At-Takwir Ayat 17
demi malam apabila telah hampir meninggalkan gelapnya,


Surat At-Takwir Ayat 18
dan demi subuh apabila fajarnya mulai menyingsing,


Surat At-Takwir Ayat 19
sesungguhnya Al Quran itu benar-benar firman (Allah yang dibawa oleh) utusan yang mulia (Jibril),


Surat At-Takwir Ayat 20
yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai 'Arsy,


Surat At-Takwir Ayat 21
yang ditaati di sana (di alam malaikat) lagi dipercaya.


Surat At-Takwir Ayat 22
Dan temanmu (Muhammad) itu bukanlah sekali-kali orang yang gila.


Surat At-Takwir Ayat 23
Dan sesungguhnya Muhammad itu melihat Jibril di ufuk yang terang.


Surat At-Takwir Ayat 24
Dan dia (Muhammad) bukanlah orang yang bakhil untuk menerangkan yang ghaib.


Surat At-Takwir Ayat 25
Dan Al Quran itu bukanlah perkataan syaitan yang terkutuk,


Surat At-Takwir Ayat 26
maka ke manakah kamu akan pergi?


Surat At-Takwir Ayat 27
Al Quran itu tiada lain hanyalah peringatan bagi semesta alam,


Surat At-Takwir Ayat 28
(yaitu) bagi siapa di antara kamu yang mau menempuh jalan yang lurus.


Surat At-Takwir Ayat 29
Dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki Allah, Tuhan semesta alam.




Bekas Doktor Berkongsi Bagaimana Beliau menjaga waktu solat sewaktu bertugas di Unit Kecemasan

Nota Editor: Perkongsian ini asalnya telah dipaparkan di Facebook Dr Faiz Najmi. Beliau pernah bekerja di unit kecemasan satu ketika dulu tapi kini telah meninggalkn bidang ini dan menjalankan perniagaan sepenuh masa. Semoga perkongsian ini membawa manfaat terutama bagi mereka yang bakal bergelar doktor.
faiz-2
Fret not Muslim doctors/nurse/AMO (Assistant Medical Officer) – combine your prayers when you are on duty or at rest.
Dari Ibnu Abbas:
“Rasulullah SAW pernah menjamak solat Zohor dengan Asar dan solat Maghrib dan Isyak di Madinah, padahal tidak dalam ketakutan atau hujan. Ada seorang yang bertanya kepada Ibnu ‘Abbas : ‘Kenapa Nabi SAW berbuat demikian?’ Dia menjawab : ‘ Tujuannya agar beliau tidak menyukarkan umatnya.”
(Sahih Muslim)
Hadith di atas menunjukkan tiada dosa bagi seorang doktor/nurse/AMO(Assistant Medical Officer) untuk menjamakkan solat. Ia adalah kemudahan yang diberikan kepada orang Islam jika ada keperluan.
Jamak boleh dilakukan taqdim atau ta’khir, secara 4+4 (zuhur dan asar) atau 3+4 (maghrib dan isha).
Jangan terkeliru dengan qasar (memendekkan solat kepada 2 rakaat). Qasar hanya SPESIFIK untuk orang yang bermusafir.
Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud; “Dan apabila kamu MUSAFIR di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”
faiz-4
Ulama menggariskan panduan jamak kepada pekerja perubatan. Rata-rata kebanyakan mereka setuju, jika pesakit tersebut tidak boleh ditinggalkan kerana tidak stabil atau dalam pembedahan, maka diharuskan jamak solat.
Namun, setelah ditanya dengan lebih detail berkenaan sistem shift, oncall, postcall dan berkenaan kerehatan secukupnya seorang doktor memainkan peranan penting dalam diagnosis/rawatan terhadap pesakit, adab antara doktor-doktor dan doktor-pesakit, kesihatan mental dan fizikal seorang doktor itu sendiri, kebanyakan ulama dan ustaz yang ditanya “kamu mengetahui urusan kamu sebagai doktor. Jika kamu rasa ada keperluan untuk jamak solat berdasarkan pengalaman dan penilaian kamu, tiadalah masalah jika anda menjamak, walau untuk berehat”
Most effective and usual treatment for post-call exhaustion is ADEQUATE SLEEP. This may differ for each individual but nonetheless just as important.
Saya bukanlah ahli feqah, namun setelah menggunakan prinsip di atas, ini yang telah saya amalkan sepanjang saya jadi doktor. (Maaf post ini baru saya dapat tuliskan).
1. Semasa saya houseman, jika saya ada whole-day elective operation, saya akan tengok jangkaan masa pembedahan. Jika operation dijangka lebih 3 jam dan dibuat setelah jam 12 tenghari, saya akan jamakkan solat zohor/asar. Kebiasaannya pembedahan yang lebih 3 jam akan ambil masa lebih panjang dari itu.
2. Jika pembedahan tersebut dibatalkan contohnya kerana jangkitan kerongkong (URTI), saya tidak akan ulangi solat, hanya teruskan kerja seperti biasa.
3. Sebagai MO Kecemasan, jika saya menjaga red zone/ resus:
Jika ada pesakit tidak stabil bila masuk waktu zohor, saya akan jamak takhir kepada asar setelah selesai passover round dan segala kerja (Shift Pagi  8am-3pm).
Jika pesakit tidak stabil masuk waktu maghrib, saya jamak takhir kepada isha’ (Shift Petang 3pm-10pm).
4. Jika shift red zone/resus saya pada hari jumaat:
Shift Pagi saya akan jamak takhir kepada asar, setelah selesai kerja dan passoverrounds. Jika tiada pesakit atau tidak sibuk, saya solat zohor biasa.
Shift Petang saya jamak taqdim terus antara Jumaat dan Asar (2+4 rakaat) sebelum masuk kerja pukul 3pm.
5. Jika yellow zone busy, dan ia sentiasa busy, saya akan cari masa untuk solat penuh. Jika busy juga, saya lakukan seperti di atas. Jarang saya jamak ketika ditugaskan di Green zone melainkan jika saya membantu rakan di Red atauYellow zone.
faiz-3
6. Postcall penat, walaupun dapat off. Sebagai Medical Officer Kecemasan, saya wajib stay untuk passover rounds, grand ward rounds, CME (continious medical education) sehingga waktu tengahari, ataupun terpaksa run errands sehingga masuk waktu zuhur;
Saya akan jamak taqdim zuhur dan asar (4+4) atau Jumaat dan Asar (2+4) takut terlepas waktu asar kerana lelap tidur.
Jika terlepas tidur juga sehingga luput waktu maghrib, saya jamakkan sekali juga maghrib dan isha (3+4).
Saya tidak ulangi solat jika terbangun sebelum waktu asar atau jika waktu asar masih panjang.
7. Jika saya postcall off dan tidur selepas 12pm dan sebelum masuk waktu zohor, saya jamak ta’khirkan terus dengan asar (4+4). Lagi-lagi jika saya buat lokumpada waktu petang.
8. Samalah ketika saya sebagai Houseman, postcall balik 5pm.
Jika saya mampu, saya akan solat maghrib dulu on time dan lambatkan solat isha.
Jika saya mengantuk sangat, saya akan tidur waktu asar dan jamak takhir maghrib dan isha (3+4). Kerehatan secukupnya adalah komponen penting untuk doktor berfungsi.
9. Kononnya perlu berniat jika mahu jamak takhir. Tiada asas dalam sunnah Rasulullah menurut kebanyakan ustaz. Maka tiada keperluan utk berniat-niat tersebut.
10. Jamak boleh dilakukan ketika sakit/uzur, musafir, hujan/cuaca buruk, perang/ketakutan dan keperluan lain. Asalkan jamak itu tidak dijadikan adat kebiasaan.
11. Sebagai pekerja perubatan, anda lebih tahu bidang anda, anda lebih tahu shift atau oncall anda. Jika anda merasakan ada keperluan untuk jamak solat, silakan. Tanggungjawab menjaga nyawa manusia adalah tanggungjawab yang sangat besar. Allah memberi kemudahan ini supaya tidak menyusahkan tugas anda.
faiz-5
Syeikhul al-Islam Ibnu Taimiyah berkata:
“Mazhab yang paling banyak memberi keringanan menjamak solat adalah Mazhab Ahmad ibn Hanbal. Malah beliau membolehkan menjamak bagi seseorang yang sibuk bekerja, sebagaimana yang diriwayatkan oleh an-Nasa’i dalam sebuah hadis marfu’ yang bersumber daripada Rasulullah SAW, hingga beliau berpendapat dibolehkan menjamak bagi tukang masak, pembuat roti dan orang-orang yang takutkan hartanya menjadi rosak.”
MENJAMAK DISEBABKAN ADANYA KEPERLUAN
Dalam Syarah Muslim, Imam an-Nawawi berkata:
“Sebilangan ulama membolehkan jamak kepada orang yang bermukim, apabila ada satu kepentingan dengan syarat perbuatan seumpama ini tidak dijadikan sebagai kebiasaan.”
Dalam al-Mughni disebutkan:
“Seseorang yang sudah selesai menjamak Taqdim dua solat pada waktu pertama, kemudian ternyata uzur atau halangan tersebut tidak ada lagi setelah bersolat, sedangkan waktu solat yang kedua belum lagi tiba, maka solat jamak yang dikerjakan tadi sudah memadai dan tidak perlu lagi mengerjakan solat yang kedua jika waktunya sudah tiba.”
Maafkan kekhilafan saya, jika ada. Saya mendapat garis panduan dan saya amalkan sefaham saya. Saya share ini untuk diamalkan oleh pekerja perubatan, jika ada keperluan untuk memudahkan kerja kita yg mulia dan bertanggungjawab besar terhadap nyawa manusia ini.
Hanya Allah akan menilai amal ibadah anda.
Jika ada kesilapan di atas, minta tolong betulkan. Jika mahu share, silakan.

Zikir ketika terbangun di malam hari

Barang siapa yang terbangun di malam hari dan membaca do'a, maka akan dikabulkan segala macam permintaan-nya.
Lihat panduan dzikir ketika terbangun di malam hari berikut ini.

Video's Translation

Hadis Rasulullah SAW:

Barang siapa yang terbangun malam hari lalu ia ucapkan,

La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir : 
Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya adalah semua kerajaan dan puji-pujian dan Allah adalah Maha Kuasa atas segala sesuatu)

Serta ditambah pula dengan : 

 Subhanallah : "Maha Suci Allah" (Tasbih)
 Alhamdulillah : "Segala Puji Bagi Allah" (Tahmid)
 La haula wa laa quwwata illa ibillah : ''Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali  pertolongan  Allah semata-mata                                                         
Allahuakbar : "Maha Besar Allah" (Takbir)

Kemudian ia berdoa :

Ya Allah ampunilah aku,atau berdoa, maka dikabulkan doanya, jika ia berwuduk dan bersolat maka diterima solatnya
Subhanallah, betapa pemurahnya Allah , Insyallah kita jadikan zikir ini sebagai amalan
Alhamdullilah....
"Ya Allah, Ya Tuhanku, barangsiapa yang menyebarkan video ini, berikanlah solusi bagi segala kegundahannya. Dan jalan keluar dari segala kesempitannya. Dan karuniakanlah baginya rizqi dari jalan yang dia tidak sangka. Dan jadikanlah dia orang yang mendapat pahala bersama kami."


Aamiin.

Sunday, 19 April 2015

Buttercream flower-poppies



BUTTERCREAM FLOWER -POPPIES
from marthastewart.com

1. Holding the piping bag at a 45-degree angle, pipe 1 petal. Pipe a second petal, overlapping the first by 1/2 to 3/4 inch.


Making a tighter turn with the nail, overlap the second petal to pipe a third.


Sprinkle poppy seeds in the centers of flowers to create the look of stamens.



Wednesday, 15 October 2014

British got Talent : Diversity


Currently watch British Got Talent. It was a good variety show. I like performance by Diversity group. There are so amazing!! very creative and very unique.

three sets of brothers and four friends who range in age from 12 to 25 and make up the 11-member dance troupe Diversity, the winner of Britain’s Got Talent 2009.


FROM FINAL BRITISH GOT TALENT (1st Place)





Azam Baru sempena Maal Hijrah

Ok sempena Maal Hijrah...semua orang sibuk pasang azam baru termasuk la saya sendiri. Kite kena lah ada azam , azam tu lebih kurang macam target lah...klu takde target macam mana nak maju. Azam saya pada tahun ini takde la byak sangat cuma nak memperbaiki diri.

Salah satu tabiat yang saya suka buat ialah suka melambat-lambatkan solat.....aduh...penyakit ni sangat sukar tuk diperbaiki..terutamanya solat isyak tu....susah betul nak  solat awal waktu...suke solat isyak pukul 3, 4k  and kadang2 pkul 5.30 pagi (nak masuk subuh).....konon2 alasan nak bertahajud...tapi melambatkan solat isyak pulak....orang slu kata...klu kite mati time tido??? huhu klu tabiat macam ni...mesti tak sempat solat isyak...ok sempena tahun baru saya berazam nak ..SOLAT di awal waktu...insyaallah....huhu i 'll try my best!!

Then focus on self development...mean siapa kite nak jadi. Kite kene byangkan kite nak jadi macam mana di masa akan datang....then secara auto matic kite akan bawa diri kite kepada bayangan kita.For me i want to be like Prof Dr Muhaya...dimana menjadi seorang manusia yang hebat yang seimbang didunia dan diakhirat.
Why be like Prof ? Because beliau seorang doktor pakar mata yang hebat, and yet seorang insan yang mulia disisi Allah........seorang doktor yang banyak memberi inspirasi, motivasi dan menyedarkan tentang kekuasaan   
Allah kepada diri kita. Sebagai doktor dia telah banyak kesedaran kekuasaan Allah terhadap manusia, membuat kita berfikir secara positif sentiasa bersyukur.

I want to be a great person and at the same time very humble  person.  Everyday is  a blessed from Allah. I want to live like that.(Dr Muhaya yg merawat mata Dr Mahathir)
Back to realiti, tadi dah berangan-angan sekejap. Ok cakap pasal kerjaya...Alhamdullilah I'm a quantity surveyor right now. Junior stage...just many more things to learn..I want to be a great QS (really experienced QS-with a glance i can tell how much the cost of the building)....OK mengambil konsep idola saya.....saya ingin menjadi seorang QS yang hebat and at the same time seorang yang mentaati Allah....I want to be someone with profession...and with my profession there were something that i can contribute to my religion. 

My mom slu suruh jadi cikgu, sebab dapat pahala ...........huhu buat masa sekarang tak terdetik pun nak jadi cikgu.....i always thinking "why must be cikgu?" Cikgu saje je ke yang byak pahala masuk syurga, tapi klu tak ikhlas pun sama jer....i stick with my on believe, right now i love my profession, i do it sincerely....i do it because of Allah....because Allah knows what the best for me.....walaupun kerja teruk, balik lambat , asyik kene marah bos, asyik dengar orang herdik......i don't care ....because i have one, i do it because of Allah not because of them....Thank God .....in my working place i was blessed with good friends and very good boss in this hell of working life.....just wanna share...if u do everything because of Allah, Allah permudakan urusan kita.

Bila ingatkan boss sekarang tiba2 teringat doa yang dulu pernah minta dulu sebelum dapat kerja. Dulu  pernah berdoa kepada Allah supaya dipertemukan dengan bos yang baik. (masa tu dalam bayangan aku ialah bos yg alim, ikhlas, jujur....)dan bila dipertemukan dengan bos ni, i will work hard and use all my strength to help him.

Then Allah leads me to this bos, MR G...mula2 memang macam terfikir...kenapa la bos aku ni garang mcam ni, dah la kafir, bagi2 kerja banyak kat orang melayu. Then setelah lama bekerja dengan dia....baru discover bahawa ciri2 yang aku nak ada dalam diri MR G....Allah gave what i want....in other form but better than what i requested. Ok let me tell you what he have that make me willing to work hard for him.

Bos saya ni garang and suka bebel, tapi bila fikir2 ni semua untuk kebaikan diri sendiri.Dia bagi nasihat how the reality looks like if we made a single mistake.....semua dah kene batang hidung sediri...semua yg dia cakap berlaku masa akan datang....and bila dah ada kes than baru terfikir...oh sebab tu la dia suruh letak terms ni time dulu....sometimes bila terlepas pandang...and make a Huge mistake then....he will took the blame for me (although kene scold kaw-kaw dulu)....bayangkan due to my current lack of experiences ....i always made mistakes......bila mistakes yg tiba 2 buat company delay or rugi...dia kene jawab depan bos lain....all because of my mistakes.....huhu....i hate this kind of feeling (someone suffer because of me).....

Sampai ada satu masa tu ....boleh pulak terlepas air mata depan bos....masa tu dia tengah marah...(hehe tak takut pun)...pastu bli dia start cakap "Amy....you jangan macam ini, klu u buat macam ni nanti company rugi....Mr v pun cakap u buat keje cam ni....blaala lala" time tu mata aku dah berair.....pastu terus burst macam empangan pecah...dalam fikiran aku duk fikir "Bodoh sangat ker aku ni, aku dah buat yang terbaik...tapi still ada benda yg aku tak tau....."pergh nangis teruk2 depan bos siap ada sedu....haha malu gler...klu empangan dah pecah susah nak berhenti....nangis sajala...malu fikir kemudian. Pastu MR G dah start  
perlahankan suara...cakap baik2 (haha agaknye firstime hadapi pekerja menangis depan mata)...mata dah merah tahap gaban...rasanya dah tak nampak biji mata hitam..

Tapi time kemuncak nangis tu bleh plak terfikir....alamak! tissue....state aku skrang kene lap guna selimut....nasib baik ade orang call dia...so aku kluar jap amik tissue......time kluar bilik bos tu....semua orang kat office pandang...arghh....malunya....apa bleh buat...hidup mesti diteruskan....jalan sajalah...sampai kat tempat QS lain...semua terkejut...eh Amy.....kenapa?.....

Alkisah....akhirnya MR G cakap....tender ni kene hantar hari ini....(there are still many item missing)...bila dah macam ini...saya kesian tengok kamu...takpela biar saya buat. He took over my work....and balik lambat siapkan saya punya kerja....huhu guilty gler tengok orng habiskan kerja kita. Hehe cite blum habis....that night i received a very long letter of apologies from him, he said he's sorry, he expected too much and forgot that i'm still freshies....hehe...letter apologies from bos...hehe nak frame buat kenangan...siap ngan reply....i replied, I'm sorry mr G that i'm not good as others yet, but i'll try my best.

Since that incident , my relation with my boss getting better. He knows my strength and my weakness. He knows how to use my current ability and teach me at the same time. My boss wallaupun dia garang ...tapi sebenarnya i anggap dia ni funny and gila2...cuma sebab dia bos...dia acting like a boss...hehe MR G...ni gelabah orangnye...klu dia gelabah tu klakar gler...kadang time dia tngah marah...aku gelak dlam hati.

Actually i envy my boss....i think he's great...i want to be like him!!!i want to be smart like him!! He's also very responsible person and always thinking of others. Mr G tak kasi saya atau my colleagues (pompuan) pi site sowang2...dia mesti suruh pergi dua orang ...dia kate bahaya pi sowang...so sampai skrang pi site mesti berdua....bagus tak dia? sebab klu tempat lama mesti kene pi sowang.

Reading and Gadget and Me

I don't exactly like reading,
But i definitely Hate waiting,
and with Hate ....then i like reading while waiting...

Post kali ni membincangkan mengenai tabiat membaca....ok aku ni bleh di kategorikan ulat buku jugak tapi lain dari biasa nye bookworm. Aku bukan book worm yg asyik membaca, cermin mata tebal and nerd.

hhee...ini nerd sejati

aku lebih prefer membaca dalam keadaan relaks....huhu i wish rumah dekat dengan pantai....whenever feel like reading ....just pergi pantai untuk membaca...sambil membaca sambil menikmati ombak dan angin yg nyaman.




Type of book

Buku yang aku paling suka ialah buku2 yg ada short story mengenai pengalaman seseorang , or inspirational stories macam chicken soup tu. Aku tak tau nak pilih buku apa yg best...so just bli reader's digest jer senang semua himpunan kisah2 menarik dah ada kat situ. (Sebab aku bukannye ulat buku sejati yg seboleh2 nak bca semua buku kat kedai)

walaupun mahal tapi berbaloi...sebab input sangat banyak

Lagi satu...of course la novel....hehe...of course..

Dulu aku rajin beli novel...so berlambak kat rumah ...sekarang aku dah stop beli....so find alternative lain.
Kenapa aku stop bli ?
1. sebab harga mahal RM36-100 sebuah......(baik bli baju, makan piza, or blanja org)
2. Beli mahal2 pastu....ending buku tu hampeh...tak ke menyesal....dah baca perjalanan cerita best pastu
    ending hampeh......rasa nak jual balik jer
3. Tu buku berlambak-lambak tak tau simpan mana...lama2 jadi kuning
4. Klu buku tu cover cantik, sipnosis best....tapi sebenarnya tak best langsung....tak ke rasa membazir

So aku start finding other alternative.....

Yes finding E- book!!!

Tuesday, 9 July 2013

Penghijrahanku di Ramadhan 2013

In the name of Allah the most Gracious , the Most Merciful.

Assalamualaikum

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 2013 a.k.a welcome Ramadhan 2013.
Alhamdullilah , berpeluang menyambut Ramadhan bersama keluarga tersayang terutama bersama ibu bapa yang paling ku sayangi .....Alhamdulillah

Tahun ni inyaallah aku akan memperbaiki amalan Ramadhan ku...Insyaallah ...semoga Allah memberi kekuatan untuk aku mengubah diriku ini...mana tahu Ramadhan ini Ramadhan tahun ini Ramadhan terakhir bagi ku atau kepada sesiapa yang aku sangat sayangi.

Kalau Dulu.....masa zaman Jahil

1. Bila datang Ramadhan...macam rasa bulan terbatas sebab tak boleh makan 
2. Kerja tidak bersemangat, asyik rasa nak balik tido
3. Berbuka mesti nak makan sampai ke leher penuh
4. Solat malam terasa sangat malas sebab kekenyangan, nak tido lepas makan pun boleh
5. Terawih super duper malas, kalau ada cerita best atau majlis berbuka puasa mesti jadikan alasan untuk skip solat terawikh.
6. Kalau pergi terawikh tu, rasa nak tumbang sebab mengantuk tahap dewa...memang tak ikhlas kalau imam itu baca lama sangat. 
7. Sangat susah nak jaga mata dengan hati, especially masa layan movie atau drama korea...
8. Ramadhan berlalu begitu sahaja, sibuk membazir untuk raya.

alhamdullilah tahun ini aku sangat menunggu kedatangan Ramadhan, bagai menunggu ketibaan orang yang kita cinta....

Preparation 
  1. Berpuasa sunat beberapa bulan sebelum Ramadhan
    aku ada amalkan puasa sunat Isnin dan Khamis, jadi bila kita selalu puasa, badan seakan-akan sudah menyesuaikan diri, lagi cergas dari orang yang tidak berpuasa. Aku baru hijrah untuk amalkan puasa sunat ni, kalau dulu jangan harapla terutama semasa bekerja. Tetapi segalanya bermula sebab aku nak teman ibu aku berpuasa, bermula dengan ihsan dan sekarang jadi amalan, alhamdullilah

    Pertama kali amal kan puasa sunat, sangat mencabar, sebab tak biasa berpuasa, pening kepala, rasa nak muntah , mengantuk tambah lagi pressure di tempat kerja. Permulaan memang banyak skip, kadang2 puasa isnin, khamis skipped, macam itu la pattern puasa sunat ku pada permulaan.Tapi betul kata orang, apa tabiat yang kita lakukan selama 40hari akan menjadi amalan.

    Alhamdulliah sekarang teratur puasa sunat ku, terasa kalau tidak puasa macam pelik. Kalau berpuasa sangat segar, semasa rehat tidak rasa nak tidur, semasa bekerja terasa kadar fokus sangat tinggi dan lebih produktif. Aku siap bandingkan aku buat kerja lebih banyak ketika aku berpuasa...Insyaallah semoga aku istiqamah dalam amalanku. Untuk kedatangan Ramadhan ini, inshaallah tiada masalah buatku.
  2.  Reload lagu zikir dan nasyid
    Aku memang suka lagu nasyid, lagu zikir yang best-best, jadi sempena Ramadhan ini aku siap2 susun playlist  terutama untuk letak di Mp3 kereta, dengan hardisk untuk play kat tempat kerja.
  3. Persiapkan dengan ilmu
    Sebelum ramadhan ini aku mengisi ilmu tentang ramadhan terutama kebaikan di bulan ramadhan dan perkara 2 yang boleh mengurang kan pahala ramadhan. Aku dengar dari IKIM fm, aku suka tahsinul ibadah sebab soalan2 diajukan adalah banyak dalam kehidupan kita. Kalau nak dengar boleh dengar di link ini..click sini (play bulan Jun punya tahsinul ibadah , mengenai soal jawab ramadhan. )

My to do list for Ramadhan 2013.


  1.  Pagi - bangun untuk Tahajjud sebelum/selepas sahur
  2. Solat Subuh - berjemaah dengan ibu (ayah pergi surau)
  3. Baca Quran
  4. Sebelum kerja - Solat Dhuha
  5.  Drive pergi kerja -dengar zikir
  6.  Bekerja dengan rajin dan bersemangat 
  7.  Solat Zuhur dan Asar berjemaah
  8. Balik rumah awal ,tolong mak sediakan juadah berbuka
  9. Berbuka sederhana (no more overloaded)
  10. Solat maghrib berjemaah (dengan ibu dan ayah)
  11.  Besiap2 pergi surau
  12. Solat isyak berjemaah di surau
  13.  Solat terawikh.
  14. Lepas terawikh ...hehe...aktiviti bebas

Insyaallah, semoga Allah memberiku kekuatan untuk mengubah diri ini.

Niat Puasa di bulan Ramadhan

Solat berjemaah bersama keluarga












Monday, 1 July 2013

Farewell forever...


Hari ini 1/7/2013 ...ialah tarikh kucing kesayangan kami Si Gemok meninggalkan kami sekeluarga selama-lamanya...
si gemok memang suka duduk macam ni kat luar rumah
Pagi ni ,Isnin pukul 8.25am , aku tergesa-gesa pergi pejabat, sebab sudah lambat.
Si gemok ada di depan pintu rumah,

Aku nampak si gemok , dalam hati berkata "si gemok ni dah sihat agaknya sebab duduk depan pintu nak mintak makan....lega rasanya bila dia back to normal"...sebelum ni dah seminggu dia tak mahu makan dan minum, paksa pun tak mahu...dah rasa lega terus pergi kerja...

tut tap pukul 1.36pm dapat mesej dari mak yang mengatakan si gemok tengah nazak....aku tidak terkejut sebab semalam memang dah pasrah sebab malam-malam aku keluar cari si gemok pujuk dia makan wet food, tapi tetap tak mahu.

Oleh kerana aku berada di pejabat, jadi emakku ceritakan apa yang berlaku di rumah.

Pagi tu si gemok berada di depan pintu bukan bukan nak mintak makan tapi nak ucap selamat tinggal kat family ni.Si gemok masuk dalam rumah dan pergi di bahagian dapur, si gemok memang suka duduk luar, dia hanya masuk dalam untuk makan sahaja, tapi itu dulu la. Sejak dia kekurangan penglihatan ni dia makan di luar rumah. Tapi hari ini dia pelik sebab dia masuk dalam rumah bukan untuk makan tapi untuk sahaja duduk dan diusap.

Setelah masuk dalam rumah untuk seketika, dia lesap terus. Pukul 11 am, adikku  pergi mencari si gemok untuk dibawa ke klinik haiwan. Jumpa si gemok dibelakang rumah.

Apa yang menghairankan ada Si Hitam sekali bersama si gemok. Si gemok duduk rak dibahagian bawah dan si hitam dibahagian atas. Si Hitam ni adik beradik dengan si gemok, diorang ni sejak hidup tidak pernah get along, si hitam duduk dalam rumah dan si gemok duduk luar, mereka tak mesra apetah lagi bersama-sama. Tapi hari ini pelik, si hitam seakan-akan menemani si gemok.

si hitam


Pukul 11 lebih bawak ke klinik veterinar larkin (klinik kerajaan), tengok rekod klinik kali terakhir datang 2003....10 tahun yang lalu.

Doktor check si gemok, bagi suntikan kat punggung si gemok, tapi tak dapat cari apa sakit dia. Doktor bagi ubat vitamin dan antibiotik, kos hanya RM20 sahaja. Selepas pergi klinik, si gemok dibawa pulang ke rumah.

masa si gemok sakit, muka dia sebijik dengan gambar ini.
Keadaan si gemok semakin lemah, dia tidak larat nak keluar dari bakul, adik aku keluarkan dia dan baringkan di suatu tempat. Selepas bagi makan ubat yang doktor bagi tadi dia semakin lemah....semakin lemah....dan nazak....

Adikku dua orang ni lelaki yang menyaksikan si gemok nazak dari awal sampai akhir. Menangis jangan cakap la... air mata jantan sebaldi...semasa nazak kelihatan jasad seperti direntap-rentap, nafas kuat.....haiwan pun merasakan sakitnya sakaratul maut.

Tepat pukul 2.10 pm, si gemok meninggalkan kami sekeluarga selama lamanya di hadapan tuan tuan yang disayanginya. Jasad nya yang masih panas terus di tanam di depan rumah.

Begitulah pengakhiran kisah hidup kucing yang paling kami sayangi.
Allah kurniakan si gemok kepada keluarga kami, dan kepada Allah tempat ia kembali.


Si Gemok adalah sebahagian dari keluarga kami.
Si gemok knows that we really love him, and he loves us to....

Name : Si Gemok /Mokggy -chan
Age : 12 years old
2001-2013

Sunday, 23 June 2013




<Kisah Petani dengan Binatang Ternakan>

Pada masa dahulu, dikawasan terpencil, tinggal seorang petani bersama keluarga dan binatang ternakannya iaitu ayam, kerbau, dan seekor anjing.

Setiap pagi ayamnya berkokok untuk membangunkan mereka untuk bersolat subuh,

Kerbau nya sentiasa membantu petani mencari rezeki dengan membawa hasil tanaman untuk di jual.


Anjing nya yang setia , sentiasa menolong petani menjaga keselamatan rumahnya dan haiwan ternakan nya yang lain.

Pada suatu hari, ayam yang yang sentiasa berkokok membangun kan mereka pada waktu pagi telah mati dimakan musang. Petani redha dengan kematian ayamnya dan bersangka baik kepada Allah. “Ada hikmah di sebaliknya”….

Pada keesokkan harinya, kerbau kesayangannya dan binatang ternakan nya yang lain mati dibaham serigala dalam satu malam. Petani tetap bersabar dan bersangka baik kepada Allah…“Ada hikmah di sebaliknya”….

Pada hari seterusnya ,anjing kesayangannya pula mati akibat sakit dan semua tanaman mati. Tiba-tiba anak petani itu berkata kepada ayahnya…”Ayah , kenapa Allah ambil semua binatang ternakan kita ,tanaman kita dan binatang yang kita sayangi sekelip mata? Allah tak sayangkan kita kah?” …..Jawab ayahnya dengan dengan tenang “Wahai anakku, bersangka baiklah kepada Allah, segala apa yang terjadi ada hikmah di sebaliknya”.

Selang beberapa hari itu, kampung tempat petani tersebut tinggal, telah diserang oleh sekumpulan perompak yang ganas dan kejam, mereka merampas segala harta benda penduduk dan membunuh semua penghuni kampung. 

Perompak-perompak itu menggeladah setiap rumah dan sekarang mereka tiba di rumah petani tersebut. Petani dan keluarganya sedang bersembunyi di dalam rumah mereka. 

Tatkala perompak itu memasuki halaman rumah petani tersebut perompak tu berkata “Rumah ini mesti sudah lama tidak berpenghuni, lihatlah tiada satu binatang ternakan pun di sini, pasti tiada orang tinggal di sini”

Perompak-perompak itu pun meninggalkan rumah itu,tanpa mengapa-apa rumah petani itu…..dalam peristiwa malam itu seluruh penghuni kampung itu dibunuh dan hanya petani dan keluarganya terselamat.

Petani itu sambil mengalirkan airmata dan bersujud syukur kepada Allah. “Ya Allah segalanya yang Engkau timpakan untukku, sesungguhnya terdapat hikmah besar di sebaliknya. Terima Kasih kerana melindung keluarga ku”.

Iktibar dari cerita ini: “Bersangka baiklah terhadap Allah, setiap dugaan terdapat hikmah besar di sebaliknya, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya"

* This motivational story i wrote myself upon hearing ceramah motivasi pagi di IKIM fm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...