Tuesday 9 July 2013

Penghijrahanku di Ramadhan 2013

In the name of Allah the most Gracious , the Most Merciful.

Assalamualaikum

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 2013 a.k.a welcome Ramadhan 2013.
Alhamdullilah , berpeluang menyambut Ramadhan bersama keluarga tersayang terutama bersama ibu bapa yang paling ku sayangi .....Alhamdulillah

Tahun ni inyaallah aku akan memperbaiki amalan Ramadhan ku...Insyaallah ...semoga Allah memberi kekuatan untuk aku mengubah diriku ini...mana tahu Ramadhan ini Ramadhan tahun ini Ramadhan terakhir bagi ku atau kepada sesiapa yang aku sangat sayangi.

Kalau Dulu.....masa zaman Jahil

1. Bila datang Ramadhan...macam rasa bulan terbatas sebab tak boleh makan 
2. Kerja tidak bersemangat, asyik rasa nak balik tido
3. Berbuka mesti nak makan sampai ke leher penuh
4. Solat malam terasa sangat malas sebab kekenyangan, nak tido lepas makan pun boleh
5. Terawih super duper malas, kalau ada cerita best atau majlis berbuka puasa mesti jadikan alasan untuk skip solat terawikh.
6. Kalau pergi terawikh tu, rasa nak tumbang sebab mengantuk tahap dewa...memang tak ikhlas kalau imam itu baca lama sangat. 
7. Sangat susah nak jaga mata dengan hati, especially masa layan movie atau drama korea...
8. Ramadhan berlalu begitu sahaja, sibuk membazir untuk raya.

alhamdullilah tahun ini aku sangat menunggu kedatangan Ramadhan, bagai menunggu ketibaan orang yang kita cinta....

Preparation 
  1. Berpuasa sunat beberapa bulan sebelum Ramadhan
    aku ada amalkan puasa sunat Isnin dan Khamis, jadi bila kita selalu puasa, badan seakan-akan sudah menyesuaikan diri, lagi cergas dari orang yang tidak berpuasa. Aku baru hijrah untuk amalkan puasa sunat ni, kalau dulu jangan harapla terutama semasa bekerja. Tetapi segalanya bermula sebab aku nak teman ibu aku berpuasa, bermula dengan ihsan dan sekarang jadi amalan, alhamdullilah

    Pertama kali amal kan puasa sunat, sangat mencabar, sebab tak biasa berpuasa, pening kepala, rasa nak muntah , mengantuk tambah lagi pressure di tempat kerja. Permulaan memang banyak skip, kadang2 puasa isnin, khamis skipped, macam itu la pattern puasa sunat ku pada permulaan.Tapi betul kata orang, apa tabiat yang kita lakukan selama 40hari akan menjadi amalan.

    Alhamdulliah sekarang teratur puasa sunat ku, terasa kalau tidak puasa macam pelik. Kalau berpuasa sangat segar, semasa rehat tidak rasa nak tidur, semasa bekerja terasa kadar fokus sangat tinggi dan lebih produktif. Aku siap bandingkan aku buat kerja lebih banyak ketika aku berpuasa...Insyaallah semoga aku istiqamah dalam amalanku. Untuk kedatangan Ramadhan ini, inshaallah tiada masalah buatku.
  2.  Reload lagu zikir dan nasyid
    Aku memang suka lagu nasyid, lagu zikir yang best-best, jadi sempena Ramadhan ini aku siap2 susun playlist  terutama untuk letak di Mp3 kereta, dengan hardisk untuk play kat tempat kerja.
  3. Persiapkan dengan ilmu
    Sebelum ramadhan ini aku mengisi ilmu tentang ramadhan terutama kebaikan di bulan ramadhan dan perkara 2 yang boleh mengurang kan pahala ramadhan. Aku dengar dari IKIM fm, aku suka tahsinul ibadah sebab soalan2 diajukan adalah banyak dalam kehidupan kita. Kalau nak dengar boleh dengar di link ini..click sini (play bulan Jun punya tahsinul ibadah , mengenai soal jawab ramadhan. )

My to do list for Ramadhan 2013.


  1.  Pagi - bangun untuk Tahajjud sebelum/selepas sahur
  2. Solat Subuh - berjemaah dengan ibu (ayah pergi surau)
  3. Baca Quran
  4. Sebelum kerja - Solat Dhuha
  5.  Drive pergi kerja -dengar zikir
  6.  Bekerja dengan rajin dan bersemangat 
  7.  Solat Zuhur dan Asar berjemaah
  8. Balik rumah awal ,tolong mak sediakan juadah berbuka
  9. Berbuka sederhana (no more overloaded)
  10. Solat maghrib berjemaah (dengan ibu dan ayah)
  11.  Besiap2 pergi surau
  12. Solat isyak berjemaah di surau
  13.  Solat terawikh.
  14. Lepas terawikh ...hehe...aktiviti bebas

Insyaallah, semoga Allah memberiku kekuatan untuk mengubah diri ini.

Niat Puasa di bulan Ramadhan

Solat berjemaah bersama keluarga












Monday 1 July 2013

Farewell forever...


Hari ini 1/7/2013 ...ialah tarikh kucing kesayangan kami Si Gemok meninggalkan kami sekeluarga selama-lamanya...
si gemok memang suka duduk macam ni kat luar rumah
Pagi ni ,Isnin pukul 8.25am , aku tergesa-gesa pergi pejabat, sebab sudah lambat.
Si gemok ada di depan pintu rumah,

Aku nampak si gemok , dalam hati berkata "si gemok ni dah sihat agaknya sebab duduk depan pintu nak mintak makan....lega rasanya bila dia back to normal"...sebelum ni dah seminggu dia tak mahu makan dan minum, paksa pun tak mahu...dah rasa lega terus pergi kerja...

tut tap pukul 1.36pm dapat mesej dari mak yang mengatakan si gemok tengah nazak....aku tidak terkejut sebab semalam memang dah pasrah sebab malam-malam aku keluar cari si gemok pujuk dia makan wet food, tapi tetap tak mahu.

Oleh kerana aku berada di pejabat, jadi emakku ceritakan apa yang berlaku di rumah.

Pagi tu si gemok berada di depan pintu bukan bukan nak mintak makan tapi nak ucap selamat tinggal kat family ni.Si gemok masuk dalam rumah dan pergi di bahagian dapur, si gemok memang suka duduk luar, dia hanya masuk dalam untuk makan sahaja, tapi itu dulu la. Sejak dia kekurangan penglihatan ni dia makan di luar rumah. Tapi hari ini dia pelik sebab dia masuk dalam rumah bukan untuk makan tapi untuk sahaja duduk dan diusap.

Setelah masuk dalam rumah untuk seketika, dia lesap terus. Pukul 11 am, adikku  pergi mencari si gemok untuk dibawa ke klinik haiwan. Jumpa si gemok dibelakang rumah.

Apa yang menghairankan ada Si Hitam sekali bersama si gemok. Si gemok duduk rak dibahagian bawah dan si hitam dibahagian atas. Si Hitam ni adik beradik dengan si gemok, diorang ni sejak hidup tidak pernah get along, si hitam duduk dalam rumah dan si gemok duduk luar, mereka tak mesra apetah lagi bersama-sama. Tapi hari ini pelik, si hitam seakan-akan menemani si gemok.

si hitam


Pukul 11 lebih bawak ke klinik veterinar larkin (klinik kerajaan), tengok rekod klinik kali terakhir datang 2003....10 tahun yang lalu.

Doktor check si gemok, bagi suntikan kat punggung si gemok, tapi tak dapat cari apa sakit dia. Doktor bagi ubat vitamin dan antibiotik, kos hanya RM20 sahaja. Selepas pergi klinik, si gemok dibawa pulang ke rumah.

masa si gemok sakit, muka dia sebijik dengan gambar ini.
Keadaan si gemok semakin lemah, dia tidak larat nak keluar dari bakul, adik aku keluarkan dia dan baringkan di suatu tempat. Selepas bagi makan ubat yang doktor bagi tadi dia semakin lemah....semakin lemah....dan nazak....

Adikku dua orang ni lelaki yang menyaksikan si gemok nazak dari awal sampai akhir. Menangis jangan cakap la... air mata jantan sebaldi...semasa nazak kelihatan jasad seperti direntap-rentap, nafas kuat.....haiwan pun merasakan sakitnya sakaratul maut.

Tepat pukul 2.10 pm, si gemok meninggalkan kami sekeluarga selama lamanya di hadapan tuan tuan yang disayanginya. Jasad nya yang masih panas terus di tanam di depan rumah.

Begitulah pengakhiran kisah hidup kucing yang paling kami sayangi.
Allah kurniakan si gemok kepada keluarga kami, dan kepada Allah tempat ia kembali.


Si Gemok adalah sebahagian dari keluarga kami.
Si gemok knows that we really love him, and he loves us to....

Name : Si Gemok /Mokggy -chan
Age : 12 years old
2001-2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...