Saturday 25 July 2015

Budak cerdik menghafaz surah At-Takwir

Comelnye lah teramat budak ni..
Mari hayati maksud gaya yg dibuat budak ni.

Surat At-Takwir dan Terjemahan 
(Menggulung)
Surat ke : 81
Jumlah ayat : 29


أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّـيْطٰنِ الرَّجِيْمِ
بسم الله الرحمن الرحيم


Surat At-Takwir Ayat 1
Apabila matahari digulung,


Surat At-Takwir Ayat 2
dan apabila bintang-bintang berjatuhan,


Surat At-Takwir Ayat 3
dan apabila gunung-gunung dihancurkan,


Surat At-Takwir Ayat 4
dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan (tidak diperdulikan)


Surat At-Takwir Ayat 5
dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan,


Surat At-Takwir Ayat 6
dan apabila lautan dijadikan meluap


Surat At-Takwir Ayat 7
dan apabila ruh-ruh dipertemukan (dengan tubuh)


Surat At-Takwir Ayat 8
dan apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya,


Surat At-Takwir Ayat 9
karena dosa apakah dia dibunuh,


Surat At-Takwir Ayat 10
dan apabila catatan-catatan (amal perbuatan manusia) dibuka,


Surat At-Takwir Ayat 11
dan apabila langit dilenyapkan,


Surat At-Takwir Ayat 12
dan apabila neraka Jahim dinyalakan,


Surat At-Takwir Ayat 13
dan apabila surga didekatkan,


Surat At-Takwir Ayat 14
maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakannya.


Surat At-Takwir Ayat 15
Sungguh, Aku bersumpah dengan bintang-bintang,


Surat At-Takwir Ayat 16
yang beredar dan terbenam,


Surat At-Takwir Ayat 17
demi malam apabila telah hampir meninggalkan gelapnya,


Surat At-Takwir Ayat 18
dan demi subuh apabila fajarnya mulai menyingsing,


Surat At-Takwir Ayat 19
sesungguhnya Al Quran itu benar-benar firman (Allah yang dibawa oleh) utusan yang mulia (Jibril),


Surat At-Takwir Ayat 20
yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai 'Arsy,


Surat At-Takwir Ayat 21
yang ditaati di sana (di alam malaikat) lagi dipercaya.


Surat At-Takwir Ayat 22
Dan temanmu (Muhammad) itu bukanlah sekali-kali orang yang gila.


Surat At-Takwir Ayat 23
Dan sesungguhnya Muhammad itu melihat Jibril di ufuk yang terang.


Surat At-Takwir Ayat 24
Dan dia (Muhammad) bukanlah orang yang bakhil untuk menerangkan yang ghaib.


Surat At-Takwir Ayat 25
Dan Al Quran itu bukanlah perkataan syaitan yang terkutuk,


Surat At-Takwir Ayat 26
maka ke manakah kamu akan pergi?


Surat At-Takwir Ayat 27
Al Quran itu tiada lain hanyalah peringatan bagi semesta alam,


Surat At-Takwir Ayat 28
(yaitu) bagi siapa di antara kamu yang mau menempuh jalan yang lurus.


Surat At-Takwir Ayat 29
Dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki Allah, Tuhan semesta alam.




Bekas Doktor Berkongsi Bagaimana Beliau menjaga waktu solat sewaktu bertugas di Unit Kecemasan

Nota Editor: Perkongsian ini asalnya telah dipaparkan di Facebook Dr Faiz Najmi. Beliau pernah bekerja di unit kecemasan satu ketika dulu tapi kini telah meninggalkn bidang ini dan menjalankan perniagaan sepenuh masa. Semoga perkongsian ini membawa manfaat terutama bagi mereka yang bakal bergelar doktor.
faiz-2
Fret not Muslim doctors/nurse/AMO (Assistant Medical Officer) – combine your prayers when you are on duty or at rest.
Dari Ibnu Abbas:
“Rasulullah SAW pernah menjamak solat Zohor dengan Asar dan solat Maghrib dan Isyak di Madinah, padahal tidak dalam ketakutan atau hujan. Ada seorang yang bertanya kepada Ibnu ‘Abbas : ‘Kenapa Nabi SAW berbuat demikian?’ Dia menjawab : ‘ Tujuannya agar beliau tidak menyukarkan umatnya.”
(Sahih Muslim)
Hadith di atas menunjukkan tiada dosa bagi seorang doktor/nurse/AMO(Assistant Medical Officer) untuk menjamakkan solat. Ia adalah kemudahan yang diberikan kepada orang Islam jika ada keperluan.
Jamak boleh dilakukan taqdim atau ta’khir, secara 4+4 (zuhur dan asar) atau 3+4 (maghrib dan isha).
Jangan terkeliru dengan qasar (memendekkan solat kepada 2 rakaat). Qasar hanya SPESIFIK untuk orang yang bermusafir.
Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud; “Dan apabila kamu MUSAFIR di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”
faiz-4
Ulama menggariskan panduan jamak kepada pekerja perubatan. Rata-rata kebanyakan mereka setuju, jika pesakit tersebut tidak boleh ditinggalkan kerana tidak stabil atau dalam pembedahan, maka diharuskan jamak solat.
Namun, setelah ditanya dengan lebih detail berkenaan sistem shift, oncall, postcall dan berkenaan kerehatan secukupnya seorang doktor memainkan peranan penting dalam diagnosis/rawatan terhadap pesakit, adab antara doktor-doktor dan doktor-pesakit, kesihatan mental dan fizikal seorang doktor itu sendiri, kebanyakan ulama dan ustaz yang ditanya “kamu mengetahui urusan kamu sebagai doktor. Jika kamu rasa ada keperluan untuk jamak solat berdasarkan pengalaman dan penilaian kamu, tiadalah masalah jika anda menjamak, walau untuk berehat”
Most effective and usual treatment for post-call exhaustion is ADEQUATE SLEEP. This may differ for each individual but nonetheless just as important.
Saya bukanlah ahli feqah, namun setelah menggunakan prinsip di atas, ini yang telah saya amalkan sepanjang saya jadi doktor. (Maaf post ini baru saya dapat tuliskan).
1. Semasa saya houseman, jika saya ada whole-day elective operation, saya akan tengok jangkaan masa pembedahan. Jika operation dijangka lebih 3 jam dan dibuat setelah jam 12 tenghari, saya akan jamakkan solat zohor/asar. Kebiasaannya pembedahan yang lebih 3 jam akan ambil masa lebih panjang dari itu.
2. Jika pembedahan tersebut dibatalkan contohnya kerana jangkitan kerongkong (URTI), saya tidak akan ulangi solat, hanya teruskan kerja seperti biasa.
3. Sebagai MO Kecemasan, jika saya menjaga red zone/ resus:
Jika ada pesakit tidak stabil bila masuk waktu zohor, saya akan jamak takhir kepada asar setelah selesai passover round dan segala kerja (Shift Pagi  8am-3pm).
Jika pesakit tidak stabil masuk waktu maghrib, saya jamak takhir kepada isha’ (Shift Petang 3pm-10pm).
4. Jika shift red zone/resus saya pada hari jumaat:
Shift Pagi saya akan jamak takhir kepada asar, setelah selesai kerja dan passoverrounds. Jika tiada pesakit atau tidak sibuk, saya solat zohor biasa.
Shift Petang saya jamak taqdim terus antara Jumaat dan Asar (2+4 rakaat) sebelum masuk kerja pukul 3pm.
5. Jika yellow zone busy, dan ia sentiasa busy, saya akan cari masa untuk solat penuh. Jika busy juga, saya lakukan seperti di atas. Jarang saya jamak ketika ditugaskan di Green zone melainkan jika saya membantu rakan di Red atauYellow zone.
faiz-3
6. Postcall penat, walaupun dapat off. Sebagai Medical Officer Kecemasan, saya wajib stay untuk passover rounds, grand ward rounds, CME (continious medical education) sehingga waktu tengahari, ataupun terpaksa run errands sehingga masuk waktu zuhur;
Saya akan jamak taqdim zuhur dan asar (4+4) atau Jumaat dan Asar (2+4) takut terlepas waktu asar kerana lelap tidur.
Jika terlepas tidur juga sehingga luput waktu maghrib, saya jamakkan sekali juga maghrib dan isha (3+4).
Saya tidak ulangi solat jika terbangun sebelum waktu asar atau jika waktu asar masih panjang.
7. Jika saya postcall off dan tidur selepas 12pm dan sebelum masuk waktu zohor, saya jamak ta’khirkan terus dengan asar (4+4). Lagi-lagi jika saya buat lokumpada waktu petang.
8. Samalah ketika saya sebagai Houseman, postcall balik 5pm.
Jika saya mampu, saya akan solat maghrib dulu on time dan lambatkan solat isha.
Jika saya mengantuk sangat, saya akan tidur waktu asar dan jamak takhir maghrib dan isha (3+4). Kerehatan secukupnya adalah komponen penting untuk doktor berfungsi.
9. Kononnya perlu berniat jika mahu jamak takhir. Tiada asas dalam sunnah Rasulullah menurut kebanyakan ustaz. Maka tiada keperluan utk berniat-niat tersebut.
10. Jamak boleh dilakukan ketika sakit/uzur, musafir, hujan/cuaca buruk, perang/ketakutan dan keperluan lain. Asalkan jamak itu tidak dijadikan adat kebiasaan.
11. Sebagai pekerja perubatan, anda lebih tahu bidang anda, anda lebih tahu shift atau oncall anda. Jika anda merasakan ada keperluan untuk jamak solat, silakan. Tanggungjawab menjaga nyawa manusia adalah tanggungjawab yang sangat besar. Allah memberi kemudahan ini supaya tidak menyusahkan tugas anda.
faiz-5
Syeikhul al-Islam Ibnu Taimiyah berkata:
“Mazhab yang paling banyak memberi keringanan menjamak solat adalah Mazhab Ahmad ibn Hanbal. Malah beliau membolehkan menjamak bagi seseorang yang sibuk bekerja, sebagaimana yang diriwayatkan oleh an-Nasa’i dalam sebuah hadis marfu’ yang bersumber daripada Rasulullah SAW, hingga beliau berpendapat dibolehkan menjamak bagi tukang masak, pembuat roti dan orang-orang yang takutkan hartanya menjadi rosak.”
MENJAMAK DISEBABKAN ADANYA KEPERLUAN
Dalam Syarah Muslim, Imam an-Nawawi berkata:
“Sebilangan ulama membolehkan jamak kepada orang yang bermukim, apabila ada satu kepentingan dengan syarat perbuatan seumpama ini tidak dijadikan sebagai kebiasaan.”
Dalam al-Mughni disebutkan:
“Seseorang yang sudah selesai menjamak Taqdim dua solat pada waktu pertama, kemudian ternyata uzur atau halangan tersebut tidak ada lagi setelah bersolat, sedangkan waktu solat yang kedua belum lagi tiba, maka solat jamak yang dikerjakan tadi sudah memadai dan tidak perlu lagi mengerjakan solat yang kedua jika waktunya sudah tiba.”
Maafkan kekhilafan saya, jika ada. Saya mendapat garis panduan dan saya amalkan sefaham saya. Saya share ini untuk diamalkan oleh pekerja perubatan, jika ada keperluan untuk memudahkan kerja kita yg mulia dan bertanggungjawab besar terhadap nyawa manusia ini.
Hanya Allah akan menilai amal ibadah anda.
Jika ada kesilapan di atas, minta tolong betulkan. Jika mahu share, silakan.

Zikir ketika terbangun di malam hari

Barang siapa yang terbangun di malam hari dan membaca do'a, maka akan dikabulkan segala macam permintaan-nya.
Lihat panduan dzikir ketika terbangun di malam hari berikut ini.

Video's Translation

Hadis Rasulullah SAW:

Barang siapa yang terbangun malam hari lalu ia ucapkan,

La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir : 
Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya adalah semua kerajaan dan puji-pujian dan Allah adalah Maha Kuasa atas segala sesuatu)

Serta ditambah pula dengan : 

 Subhanallah : "Maha Suci Allah" (Tasbih)
 Alhamdulillah : "Segala Puji Bagi Allah" (Tahmid)
 La haula wa laa quwwata illa ibillah : ''Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali  pertolongan  Allah semata-mata                                                         
Allahuakbar : "Maha Besar Allah" (Takbir)

Kemudian ia berdoa :

Ya Allah ampunilah aku,atau berdoa, maka dikabulkan doanya, jika ia berwuduk dan bersolat maka diterima solatnya
Subhanallah, betapa pemurahnya Allah , Insyallah kita jadikan zikir ini sebagai amalan
Alhamdullilah....
"Ya Allah, Ya Tuhanku, barangsiapa yang menyebarkan video ini, berikanlah solusi bagi segala kegundahannya. Dan jalan keluar dari segala kesempitannya. Dan karuniakanlah baginya rizqi dari jalan yang dia tidak sangka. Dan jadikanlah dia orang yang mendapat pahala bersama kami."


Aamiin.

Sunday 19 April 2015

Buttercream flower-poppies



BUTTERCREAM FLOWER -POPPIES
from marthastewart.com

1. Holding the piping bag at a 45-degree angle, pipe 1 petal. Pipe a second petal, overlapping the first by 1/2 to 3/4 inch.


Making a tighter turn with the nail, overlap the second petal to pipe a third.


Sprinkle poppy seeds in the centers of flowers to create the look of stamens.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...