(pss...copy paste tulisan orang)
Saya ingin bercerita mengenai kisah Syekh Abdul Qadir Jailani ini. Di suatu pekan kecil bernama Jilan atau Gilan di negeri Parsi tinggal seorang pemuda yang alim bernama Abu Solah Jangi Dost keturunan dari Imam Hasan (cucu Rasulullah).Pada suatu hari beliau sedang duduk di tepi sungai ternampak sebiji epal yang sedang dihanyutkan air. Kerana berasa lapar beliau telah mengambil epal lalu memakannya. Kemudian hatinya bertanya, siapakah tuan punya buah epal itu? Dia berasa bersalah kerana memakan buah itu tanpa izin dari tuannya. Lantas di carinya lalu terjumpa sebuah dusun epal di tepi sungai itu. Dia mencari tuan punya kebun itu untuk memohon dihalalkan buah epal yang telah di makannya.
Tuan punya kebun epal itu bernama Abdullah Saumai juga seorang alim Dia tahu pemuda itu seorang yang soleh lalu berkata dia boleh memaafkan dengan syarat bekerja di kebunnya tanpa gaji selama dua belas tahun dan berkahwin dengan anak gadisnya yang kudung tangan dan kakinya, buta matanya, bisu dan pekak. Abu Soleh menerimanya dengan reda.
Di malam pertama jumpa mertua
Tersentak si jejaka diberitakan
Isterinya tidak sempurna rupa
Anggota zahirnya lumpuh semua
Tidak upaya mengurus diri
Terkejut si jejaka penuh persoalan di hatinya
Mungkinlah sudah jodoh itulah isterinya
Hibanya rasa hati namun tetap redha pada takdir
Tersentak si jejaka diberitakan
Isterinya tidak sempurna rupa
Anggota zahirnya lumpuh semua
Tidak upaya mengurus diri
Terkejut si jejaka penuh persoalan di hatinya
Mungkinlah sudah jodoh itulah isterinya
Hibanya rasa hati namun tetap redha pada takdir
Asalkan punya iman itulah paling penting
Tetapi,selepas diijabkabulkan Abu Soleh terperanjat kerana isterinya seorang yang cantik, cukup anggota kaki dan tangannya, tidak pekak dan tidak bisu. Abu Soleh lantas bertanya kepada bapa mertuanya, lalu dikatakan maksud matanya buta itu kerana tidak pernah melihat perkara maksiat, maksud mulutnya bisu kerana tidak pernah mengumpat, maksud telinganya pekak kerana tidak mahu mendengar cakap yang sia-sia. Maksud kakinya kudung kerana tidak pernah pergi ke tempat maksiat. Maksud tangannya kudung kerana tidak pernah mengambil hak orang. Dari perkahwinan pemuda yang soleh dengan wanita yang solehah inilah lahirnya Syekh Abdul Qadir Jailani.
Saat-saat berjumpa
Terpesona memandang
Benarkah isterinya
Menawan sungguh cantik
Benarkah isterinya
Menawan sungguh cantik
Terhurai dijawablah oleh mertua
Zahirnya tak sempurna kiasan saja
Memberi makna sucinya diri
Wanita solehah terpelihara
Terharu jejaka tunduk bersyukur
Jangan mudah percaya harta pangkat dan rupa
Indahnya di mata berawaslah
Rasul sudah bersabda
Insan punya agama akhlaknya mulia
Zahirnya tak sempurna kiasan saja
Memberi makna sucinya diri
Wanita solehah terpelihara
Terharu jejaka tunduk bersyukur
Jangan mudah percaya harta pangkat dan rupa
Indahnya di mata berawaslah
Rasul sudah bersabda
Insan punya agama akhlaknya mulia
(petikan lagu dari Rabbani: Cari Jodoh)
No comments:
Post a Comment