Alhamdullilah, pada tahun 2013 Allah memberikan kesempatan untuk aku menghadiri majlis Maulidurasul bersama-sama famili.
What so special for 2013 punya sambutan Maulidurrasul?
Yang special nye ialah hati ku....Alhamdulliah Allah memberi kekuatan untuk aku mendidik hatiku ni yang kadang2 keras kadang2 lembut, aku pun sendiri susah nak kawal hati aku nye level untuk menghadiri majlis ilmu sempena memperingati Rasulullah.
Tapi selama 25 tahun aku hidup di muka bumi, ini first time aku rasa hati ku ikhlas kerana Allah Ta'ala and aku benar2 sayangkan Rasullulah........dan selama ini aku x pernah betul2 menghayati Rasulullah..........selama ni segalanya hanya ibadat dan ikutan...klu dulu majlis sambutan ni biasanya terpaksa pergi sebab dianjurkan kolej or aktiviti asrama.........bila dah kerja....semua benda ni ialah kehendak sendiri sama ada ambil tahu or buat tak tahu dan mahu pergi atau tidak.
Alhamdullilah , sebab aku duk dengan parents, mak aku yang ajak pi majlis ni di Masjid berdekatan pagi tu mak aku ckap "Lia , malam ni ada solat jemaah ngan ceramah sempena maulidurrasul, jom pergi".........walaupun aku ni jenis takde la kuat beribadah...tapi solat jemaah di masjid ialah hati kecil ku paling suka....tak tau kenapa...tapi aku sangat suka klu ada orang ajak aku solat sama....bagi aku solat jemaah mendisiplinkan aku yg memang suka solat lewat......lagi pun solat kat masjid mcm sangat tenang melihat keindahan hiasan dalam....
Sampai di masjid tu, walaupun tak seperti yang aku bayangkan (aku bayangkan ada aircond...hehe) tapi tetap bersyukur kerana Allah memberikan berpeluang pertama kali menjejakkan kaki di masjid berdekatan di rumah kelahiran ku ini (sejak masjid ni dibina ,aku x pernah jejak lagi....teruk kan ? astagfirullah)
Masjid Tun Hussien Onn, Larkin |
Malam ni solat Jemaah Maghrib dan Isyak.......sebab aku sampai lepas azan maghrib ....so aku dapat saf yang agak belakang.....masuk2 aku agak amazed dengan ramai jemaah wanita......walaupun dunia semakin akhir zaman, and maksiat dan fitnah sedang berleluasa di Malaysia..........masih ramai juga orang yang beriman dan mengimarahkan masjid...alhamdullilah...masih ramai lagi yang masih beriman....semoga Allah melindungi umat Islam dan negara Malaysia dari segala bala.
Solat maghrib agak panjang sebab imam baca ayat panjang, tp walaupun panjang aku betul2 menghayati...tak tau kenapa hati sedih sangat masa solat.....bejurai2 air mata jatuh.......mungkin sebab aku sedih dengar bacaan surah tu bergema di dalam masjid, aku membayangkan nanti klu aku dah mati jauh dialam kubur yang gelap sedang mendengar sayup bacaan Quran yang sangat jauh di atas.............seperti berada didalm lubang yang sangat dalam dan gelap.........dan jauh diatas terdapat satu cahaya dan bacaan quran yang sayup2 bergema di permukaan....aku sedih kerana nanti bila aku dialam kubur dan barzakh nanti aku akan meridui saat2 roh aku berada di dunia..........tiba2 teringat tafsir Quran yang ada menyatakkan setelah roh berada di alam barzakh.....sekiranya diberi peluang untuk pulang semula ke dunia, mesti roh itu akan beribadat dengan bersungguh-sungguh.
Lepas solat , pihak masjid ada sediakan makanan untuk makan, then habis makan tunggu masuk waktu dan solat isyak berjemaah.
Selepas solat jemaah dalam pukul 9.30p.m baru starts ceramah. Penceramah jemputan malam ni rupa-rupanya ustaz selebriti dari rancangan Halaqah TV9 Ustaz Badli Shah Alauddin...oh baru aku tahu....
Malam ni ustaz cerita kisah2 nabi sempena maulidurrasul. Ustaz kate walaupun kite dah banyak kali dengar cerita nabi....tapi dengar berulang kali sebagai peringatan.........tapi sepanjang ceramah tu aku betul2 menghayati........kali ni aku dengar bukan hanya mendengar....otak aku betul2 beroperasi ligat dan masa dengar kisah nabi tu dengan diri aku....aku duk bayang klu aku duk di zaman nabi.
Akhlak Nabi Muhammad adalah teramat sangat mulia dan Rasulullah adalah sebaik-baik manusia di dunia ini. Aku duk bayang jika aku mempunyai seseorang ketua or sahabat yang sangat baik, mesti aku buat yang terbaik untuk dia dan sangat sayang dan berdoa kepada Allah berikan yang terbaik untuk sahabat aku ni.........Aku ter amat sedih masa ustaz cerita kisah Bilal selepas kewafatan nabi. Bilal teramat sedih dengan kewafatan Nabi Muhammad S.A.W...dan tidak mahu azan lagi malah meninggalkan madinah selama beberapa tahun kerana dia tidak tahan sedih berada tempat kenangan bersama Rasulullah.....sehinggalah Rasullulah datang didalam mimpi Bilal dan bertanya kepada bilal adakah dia sudah tidak sayang kepada dirinya, Bilal teramat sedih dan pulang semula ke Madinah.
Akhirnya dia melaungkan azan semula...tapi semasa melaungkan ungkapan azan yang ada nama Nabi Muhammad S.A.W,....Bilal terkedu seketika sebab menahan sebak dan rindu yang teramat sangat kepada Rasulullah.........aku memang sedih giler part ni...feeling giler....mata memang berair tahap gaban...tapi control je....nanti orang nampak pulak...
Aku betul2 bayangkan sekiranya aku duk masa zaman Rasulullah, sama2 berperang, sama2 menghadapi sulur galur perjuangan agama islam, menghadapi rintangan bersama,sama2 melihat kekuasaan Allah.......dan lain2 lagi ...dengan sikap Rasulullah yang teramat mulia...........aku betul2 menghayati perasaan yang sedih semasa rindukan seseorang yang baik dan kite sayang...tetapi sudah tiada didunia ini.....
Lagu ni lagi lah menambahkan lagi rindu ku...and sedih
From Hafiz Hamidun- Kasih Padamu
"Kasih Padamu"
Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa
Kau di utus atas nama Kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan
Walau diri bisa menakluki tahta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi LillahiTaala
Azimat yang berharga
Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah
Rasulullah Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun Iman dan dilapangan Mujahadah
Dari hadith dan AlQuran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang Kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat
Rasulullah Terlalu Rindu
Padamu Junjungan Jiwa
Didalam senda yang utama
Menyambungkan kasih denganMu
Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa
Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah
Ya Rasulullah Ya HabibAllah
Pabila terkenangMu mengalir air mataku…..
Inilah part yang betul2 menyentuh hati sanubadi ku.....terimakasih Allah kerana membuka hati ku untuk menyayangi Rasullullah sepenuh hati....semoga aku terus istiqamah dalam memperbaiki diriku...ameen........
ada lagi video yg buat aku tersentuh....betapa sayangnya umat kepada Rasullulah....video ni merakamkan Ustaz Harun Din (seorang ulama) yang berjumpa dengan Nabi Muhammad S.A.W didalam mimpi.....sebagai mana yang kita tahu syaitan tidak dapat menjelma kepada Nabi Muhammad S.A.W...samaada dalam realiti or mimpi....so siapa yang dapat jumpa Rasullulah kira satu rahmat.
sebelum akhiri post ni, bacalah kata2 menarik ini yang di beritahu Rasullulah kepada sahabat-sahabatnya....
Pada suatu ketika, Rasulullah bertanya kepada para sahabat, "Siapakah yang paling luar biasa imannya?"
Para sahabat menjawab, "Malaikat, ya Rasulallah."
Balas Rasulullah, "Sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah."
Seketika terdiam para sahabat, dan menjawab lagi, "Para nabi, ya Rasulallah."
Rasulullah berkata, "Para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada Allah."
Para sahabat mencuba lagi, "Kalau begitu, kamilah yang paling beriman."
Jawab Rasulullah, "Aku berada di tengah-tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman."
Lalu, salah seorang daripada sahabat berkata, "Kalau begitu, Allah dan Rasul-Nya sahajalah yang mengetahui."
Maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata, "Mereka adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca al-Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku."
Rasulullah diam seketika. Kemudian, beliau menyambung dengan suara yang lirih, "Sesungguhnya, aku rindukan mereka...."
Sollu 'alan nabi....
Para sahabat menjawab, "Malaikat, ya Rasulallah."
Balas Rasulullah, "Sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah."
Seketika terdiam para sahabat, dan menjawab lagi, "Para nabi, ya Rasulallah."
Rasulullah berkata, "Para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada Allah."
Para sahabat mencuba lagi, "Kalau begitu, kamilah yang paling beriman."
Jawab Rasulullah, "Aku berada di tengah-tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman."
Lalu, salah seorang daripada sahabat berkata, "Kalau begitu, Allah dan Rasul-Nya sahajalah yang mengetahui."
Maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata, "Mereka adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca al-Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku."
Rasulullah diam seketika. Kemudian, beliau menyambung dengan suara yang lirih, "Sesungguhnya, aku rindukan mereka...."
Sollu 'alan nabi....
Ya Allah jadikan aku antara umat2 terpilih ,iaitu umat Nabi Muhammad S.A.W....aku juga merinduinya, tetapkanlah iman ku supaya kelak dialam akhirat aku dapat berjumpa dengannya.