<Kisah Petani dengan Binatang Ternakan>
Pada masa dahulu, dikawasan terpencil, tinggal seorang petani bersama keluarga dan binatang ternakannya iaitu ayam, kerbau, dan seekor anjing.
Setiap pagi ayamnya berkokok untuk membangunkan mereka untuk bersolat subuh,
Kerbau nya sentiasa membantu petani mencari rezeki dengan membawa hasil tanaman untuk di jual.
Anjing nya yang setia , sentiasa menolong petani menjaga keselamatan rumahnya dan haiwan ternakan nya yang lain.
Pada suatu hari, ayam yang yang sentiasa berkokok membangun kan mereka pada waktu pagi telah mati dimakan musang. Petani redha dengan kematian ayamnya dan bersangka baik kepada Allah. “Ada hikmah di sebaliknya”….
Pada keesokkan harinya, kerbau kesayangannya dan binatang ternakan nya yang lain mati dibaham serigala dalam satu malam. Petani tetap bersabar dan bersangka baik kepada Allah…“Ada hikmah di sebaliknya”….
Pada hari seterusnya ,anjing kesayangannya pula mati akibat sakit dan semua tanaman mati. Tiba-tiba anak petani itu berkata kepada ayahnya…”Ayah , kenapa Allah ambil semua binatang ternakan kita ,tanaman kita dan binatang yang kita sayangi sekelip mata? Allah tak sayangkan kita kah?” …..Jawab ayahnya dengan dengan tenang “Wahai anakku, bersangka baiklah kepada Allah, segala apa yang terjadi ada hikmah di sebaliknya”.
Selang beberapa hari itu, kampung tempat petani tersebut tinggal, telah diserang oleh sekumpulan perompak yang ganas dan kejam, mereka merampas segala harta benda penduduk dan membunuh semua penghuni kampung.
Perompak-perompak itu menggeladah setiap rumah dan sekarang mereka tiba di rumah petani tersebut. Petani dan keluarganya sedang bersembunyi di dalam rumah mereka.
Tatkala perompak itu memasuki halaman rumah petani tersebut perompak tu berkata “Rumah ini mesti sudah lama tidak berpenghuni, lihatlah tiada satu binatang ternakan pun di sini, pasti tiada orang tinggal di sini”
Perompak-perompak itu pun meninggalkan rumah itu,tanpa mengapa-apa rumah petani itu…..dalam peristiwa malam itu seluruh penghuni kampung itu dibunuh dan hanya petani dan keluarganya terselamat.
Petani itu sambil mengalirkan airmata dan bersujud syukur kepada Allah. “Ya Allah segalanya yang Engkau timpakan untukku, sesungguhnya terdapat hikmah besar di sebaliknya. Terima Kasih kerana melindung keluarga ku”.
Iktibar dari cerita ini: “Bersangka baiklah terhadap Allah, setiap dugaan terdapat hikmah besar di sebaliknya, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya"
* This motivational story i wrote myself upon hearing ceramah motivasi pagi di IKIM fm
No comments:
Post a Comment